
EDISI BONGKAR! – KAFE CANTIK BERCAHAYA INI RUPANYA DEKAT TAIPING!
Kalau selalu lalu seberang Petron Batu 2 Setengah, mesti pernah perasan ada satu tempat yang bercahaya, nampak macam nursery.
Rupanya, bukan sekadar nursery, tapi ada juga kafe tersembunyi yang santai dan sesuai untuk lepak.
ALIVE GARDEN CAFE – PORT MAKAN BEST DI TAIPING
Kafe ini orang Melayu yang uruskan, jadi confirm halal & mesra Muslim. Tukang masaknya pula, kawan kepada kawan saya.
Apa Yang Menarik di Alive Garden Cafe?
Selain suasana yang selesa dan dihiasi lampu-lampu cantik, Alive Garden Cafe menawarkan 4 konsep menu berbeza, sesuai untuk bawa family & kawan-kawan sebab banyak pilihan makanan.
1️⃣ Western Food – Chicken Chop dengan 5 pilihan sos. Ini satu-satunya kedai di Taiping yang ada pelbagai pilihan sos untuk chicken chop.
2️⃣ Shellout & Thai Food – Pilihan makanan laut segar dengan kuah yang kaya rasa.
3️⃣ Thai BBQ – Set BBQ untuk 4-6 orang dengan harga berpatutan
4️⃣ Goreng-goreng – Nasi goreng, koay teow goreng, mee goreng dan banyak lagi.
Menu Yang Wajib Cuba
- Set Thai BBQ – Sesuai untuk makan ramai-ramai. Harga berpatutan dengan portion yang banyak.
- Chicken Chop 5 Sos – Pilihan unik yang jarang ada di tempat lain.
Suasana Instagrammable
Bagi yang suka bergambar, kafe ini mempunyai hiasan yang menarik dan sesuai untuk bersantai selepas makan.
Lokasi Alive Garden Cafe
📍 Google Maps: https://goo.gl/maps/4jRCFE5deYJE8vdw7
🚗 Sebelah nursery, seberang Petron Batu 2 Setengah
Berminat nak cuba? Jom singgah dan nikmati hidangan yang sedap di Alive Garden Cafe!
